Adakah Johnny Depp Akan Kembali Sebagai Kapten Jack Sparrow?

Pelakon antarabangsa popular, Johnny Depp disebut-sebut akan kembali memegang watak utamanya sebagai Captain Jack Sparrow dalam filem terbaharu Pirates of the Caribbean.

adakah johnny depp akan kembali sebagai kapten jack sparrow?

Memetik laporan, penggambaran filem terbaharu itu akan diadakan pada Februari depan di United Kingdom.

 

Filem terbaharu oleh Disney itu juga sudah mempunyai tajuknya iaitu Pirates of the Caribbean: A Day At The Sea.

 

“Johnny bersedia untuk kembali sebagai Kapten Jack Sparrow dan dijadualkan memulakan penggambaran pada awal Februari di lokasi rahsia di UK.

“Semuanya di peringkat awal dan masih belum ada pengarah yang terlibat dengan projek yang dinamakan A Day At The Sea.

“Johnny dijangka melakukan penggambaran ujian pada awal Februari sebelum produksi dijalankan sepenuhnya,” kata sumber kepada The Sun.

adakah johnny depp akan kembali sebagai kapten jack sparrow?

Bagaimanapun dakwaan ini dinafikan sumber terdekat portal antarabangsa, Daily Mail.

 

Depp, 59, kali terakhir melakonkan watak utama dalam Pirates of the Caribbean: Dead Men Tell No Tales pada 2017, sebelum penerbit memutuskan mereka mahu membawa masuk ‘muka baharu' kepada siri filem yang sangat popular itu.

 

Sumber: The Sun / Daily Mail