Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden Mansuh 'Student Loan'

Sejumlah AS$10,000 (RM44,785) pinjaman pendidikan kerajaan Persekutuan bakal dilunaskan kepada rakyat Amerika Syarikat yang berpendapatan kurang daripada AS$125,000 (RM559,912) setahun, menurut Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden.

presiden amerika syarikat, joe biden mansuh 'student loan'

Memetik BBC, beliau juga akan memansuhkan hutang berjumlah AS$20,000 (RM89,270) terhadap pelajar di bawah Geran Pells yang terpakai kepada golongan yang paling memerlukan bantuan kewangan.

“Orang ramai akhirnya boleh merangkak keluar dari timbunan ‘gunung hutang’ itu,” ujar Biden.

Kira-kira 43 juta rakyat AS dilaporkan berhutang yang mana jumlah keseluruhan yang direkodkan adalah sebanyak AS$1.6 trilion (RM7.1 trilion) dalam hutang pelajar Persekutuan.

Tambah Biden, langkah tersebut bakal memberi peluang buat mereka yang pernah melakukan pinjaman pendidikan kepada akses kehidupan yang lebih baik.

“Bebanan amat berat sehinggakan jika anda tamat pengajian, anda mungkin tidak mempunyai akses kepada kehidupan kelas pertengahan yang sepatutnya boleh dicapai menggunakan ijazah kolej.

“Kira-kira satu pertiga daripada peminjam mempunyai hutang pelajar tetapi tiada ijazah dan itu perkara paling teruk di dunia,” kata beliau.


Sumber: Kosmo