Baru-baru ini, tular berita menyatakan salah seorang anggota kumpulan BLACKPINK iaitu Jisoo sedang menjalinkan hubungan cinta bersama pelakon, Ahn Bo Hyun.
Berita itu mula tersebar apabila laman berita Dispatch berkongsi foto mereka bertemu di rumah Jisoo.
Dakwaan itu turut disahkan oleh agensi mereka sendiri iaitu YG Entertainment dan FN Entertainment.
Kedua-dua agensi tersebut menerusi satu kenyataan berkata, “Mereka sedang mengenali hati budi masing-masing dengan perasaan positif.
“Kami berasa bersyukur jika anda semua menyambut hangat hubungan mereka.”
Pengumuman itu nyata mengejutkan ramai pihak dan rata-rata komuniti K-pop teruja dan bergembira untuk kedua-dua bintang ini.
Terdahulu, Lisa BLACKPINK turut digosipkan bercinta dengan CEO Tag Heur dan waris kepada pemilik LVMH. Bagaimanapun, masih belum ada sebarang penjelasan mengenainya daripada mana-mana pihak.
Sumber: Livestyle Asia