“Ia Lebih Comel Dari Saya Sangka,” Jin BTS Dah Sedia Latihan Tentera

Ahli kumpulan K-pop BTS, Jin kini sudah bersedia untuk menyertai perkhidmatan mandatori ketenteraan pada 13 Disember.

 

Beliau turut berkongsi foto terbaharu dirinya yang menunjukkan potongan rambut pendek, selari dengan syarat wajib ketenteraan.

“ia lebih comel dari saya sangka,” jin bts dah sedia latihan tentera

“Hehehehehe ia lebih comel daripada apa yang saya sangka,” tulis Jin pada ruangan kapsyen.

 

Menurut laporan, Jin akan mendaftar di latihan ketenteraan pada 13 Disember di sebuah pusat latihat dekat Yeoncheon. Pihak pengurusan BTS turut meminta agar orang ramai tidak mengerumuni pusat latihan tersebut semasa hari pendaftarannya nanti.

 

Sumber: Soompi