Tak Sampai 24 Jam Gempa, Jepun Dah Mula Baiki Kerosakan

Tidak sampai 24 jam kejadian gempa bumi berukuran 7.4 magnitud yang melanda perairan pantai Honshu pada Rabu, Jepun dilihat sudah pun mula membaiki kerosakan yang berlaku.

tak sampai 24 jam gempa, jepun dah mula baiki kerosakan

Misalnya adalah operasi perkhidmatan kereta api di bandar Fukushima yang digantung sementara selepas kejadian gempa bumi, kini telah pun dibaik pulih oleh pihak syarikat.

 

Kejadian gempa bumi itu telah menyebabkan lantai di stesen keretapi itu mengalami keretakan.

 

Gegaran itu turut dirasai di bandar Sendai, ibu kota Miyagi yang terletak kira-kira 100 kilometer di Fukushima.

tak sampai 24 jam gempa, jepun dah mula baiki kerosakan

Penduduk tempatan menyifatkan kekuatan gegaran itu sehingga rumah mereka seolah-olah terangkat.

 

Beberapa gegaran susulan juga dilaporkan selepas itu.

 

Sumber: [1]