Masjid Tengku Muhammad Faris Petra Bandar Kuala Krai, di Kelantan kini sedang mencari individu yang layak bagi memimpin solat terawih di masjid tersebut sepanjang Ramadan ini.
Menerusi Facebook rasmi masjid itu, elaun sebanyak RM6,000 turut ditawarkan pada mereka yang layak mengisi kekosongan tempat terbabit.
“Pencarian imam tarawih sebulan Ramadan elaun RM6,000.
“Hantar ‘resume’ kepada pihak masjid selewat-lewatnya pada 24 Februari 2024 menerusi e-mel masjid masjidtgfarispetra@gmail.com
“Keutamaan kepada yang bermukim di jajahan Kuala Krai,” tulis hantaran tersebut.
Perkara itu menarik perhatian ramai dengan rata-rata memuji pihak pengurusan masjid kerana terbuka menyediakan elaun tinggi kepada imam terlibat.
Sumber: Facebook