Bahaya Air Gula Bergas, ‘‘Jangan Tertipu Walau Ditulis Ekstrak Stevia..’’

Kita mungkin sedia maklum akan bahayanya air minuman bergula dan bergas terhadap kesihatan kita.

bahaya air gula bergas, ‘‘jangan tertipu walau ditulis ekstrak stevia..’’

Disebabkan itu jugalah, pengguna diberikan alternatif kepada gula iaitu ekstrak stevia yang mana boleh menghasilkan rasa manis dan lebih ‘selamat’ jika dibandingkan dengan gula sebenar.

bahaya air gula bergas, ‘‘jangan tertipu walau ditulis ekstrak stevia..’’

Pun begitu, kesedaran dalam memilih makanan serta minuman yang sihat bukan sahaja kepada golongan dewasa, malah kepada kanak-kanak juga perlu berada pada tahap yang baik.

 

Memetik laporan dari Astro AWANI, makanan atau minuman bergas adalah antara yang perlu dielakkan diberi kepada golongan kanak-kanak, meskipun ia dilabel sebagai ‘pilihan lebih sihat’.

 

Perkara itu dimaklumkan Dr Mazliana Mazlan yang juga merayu ibu dan bapa supaya menjauhkan anak-anak mereka daripada air gula bergas seperti ini. Baca penerangan beliau seperti tertera disini:

 

"Tolong jauhkan anak-anak kita daripada air gula bergas macam ini.

"Tak ada yang baik pun, walau ia berlabel ‘pilihan lebih sihat’.

"Yang banyak, hanyalah gula. Walaupun ditulis zero kalori tanpa gula, dan diganti dengan pemanis tiruan, tetap ianya bukan untuk kita jadikan sebagai minuman anak-anak.

"Gula ini, ketagih dia lebih teruk daripada ambil dadah kokain. Anak akan tidak suka pada rasa tawar dan kurang manis, jika lidah mereka sudah terlalu biasa dengan makan minum manis.

"Anak akan mudah nak tolak nasi, tak nak makan buah, tak pandang langsung sayur. Sebab deria rasa mereka hanya suka yang manis-manis sahaja.

"Sebab itu kita kena elakkan ajar anak makan yang manis-manis sangat, terutama di awal usia anak kenal makanan. Biar anak kenal manis daripada buah, sayur dan makanan segar sahaja.

5 sebab kena elakkan anak-anak daripada air bergas tinggi gula, tinggi pemanis, tinggi pewarna dan perasa tiruan.

Tambah berat badan anak, jadikan anak di tahap obesiti. Anak tidak dapat menikmati rasa manis asli daripada makanan manis semulajadi contohnya buah-buahan.

Asid fosforik daripada air bergas hakiskan kalsium daripada tulang, yang akan buatkan tulang anak tidak kuat dan mudah patah.

Aspartame, pemanis tiruan yang banyak digunakan, beri kesan neurotoxin dan boleh rosakkan otak anak-anak.

Pewarna tiruan, contohnya pewarna karamel, sebagai salah satu bahan yang bersifat karsinogen, membawa kepada risiko kanser.

bahaya air gula bergas, ‘‘jangan tertipu walau ditulis ekstrak stevia..’’

"Sama-sama kita cuba ya, supaya anak tidak pandang langsung air macam ini. Kalau mereka sudah mula minum, sampai ke hujung usia pun mereka akan cari.

"Janganlah terpedaya walaupun ditulis label ada ekstrak stevia."

 

 

Sumber: [1]