Jangkitan COVID-19 Boleh Akibatkan Happy Hypoxia

Gejala-gejala COVID-19 ialah tidak spesifik dan mereka yang dijangkiti sama ada boleh asimtomatik atau mengalami selesema seperti gejala seperti demam, batuk, keletihan, sesak nafas, atau sakit otot.

 

Salah satu daripada gejala yang boleh dikaitkan dengan jangkitan COVID-19 adalah kekurangan oksigen dalam badan yang mana juga disebut sebagai Happy Hypoxia.

 

Fenomena Happy Hypoxia merujuk kepada keadaan di mana seseorang pesakit atau individu mempunyai kandungan oksigen dalam darah yang rendah namun tidak merasa kesakitan atau kesulitan untuk bernafas atau sebarang simptom.

jangkitan covid-19 boleh akibatkan happy hypoxia

Ia boleh diukur dengan menggunakan alat pengukut kadar oksigen dalam darah (Oximeter) atau juga dengan jam pintar yang boleh mengira kadar denyutan jantung dan oksigen dalam badan.

 

Antara simptom Hypoxia adalah seperti pening kepala, kesukaran bernafas, batuk, degupan jantung menjadi laju, dan berpeluh serta kulit menjadi kebiruan.

 

Kita juga boleh melihat tanda awal pada pesakit atau individu yang mengalami hypoxia seperti kebingungan, gelisah dan sesak nafas.

 

Segera membuat pemeriksaan doktor sekiranya anda mempunyai simptom-simptom seperti yang dinyatakan.

 

Sumber: KKM