Ini Jangkaan Waktu Mula Dan Tamat Gerhana Matahari Separa Hari Ini Di Malaysia

Hari ini, 20 April 2023, beberapa negara di dunia bakal menyaksikan fenomena gerhana matahari separa, kesan daripada fenomena gerhana matahari hibrid yang berlaku ke utara dari benua Australia.

malaysia alami gerhana matahari separa 20 april 2023, ini yang perlu anda tahu

Menurut Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), orang ramai berpeluang menyaksikan fenomena itu bermula jam 11 pagi hingga selewatnya jam 2 petang bagi pemerhati di Sabah, manakala hingga jam 1 tengah hari bagi pemerhati di Semenanjung.

 

Jangkaan waktu melihat fenomena gerhana matahari separa dan waktu ia berakhir mengikut negeri di Malaysia adalah seperti berikut:

ini jangkaan waktu mula dan tamat gerhana matahari separa hari ini di malaysia

Orang ramai diingatkan untuk tidak melihat matahari secara terus tanpa menggunakan cermin khas kerana ia boleh merosakkan retina mata, lalu mengakibatkan buta kekal.

 

Kali terakhir fenomena gerhana matahari separa ini berlaku adalah pada 21 Jun 2020 dan ia hanya akan berlaku semula pada 2 Ogos 2027.

 

Sumber: Time & Date