Bilik air kebiasaannya mempunyai beberapa elemen penting seperti sinki, tandas, pancuran, dan kadang-kadang tab mandi.
Sinki digunakan untuk mencuci tangan, menyikat gigi, atau mencuci muka. Tandas pula adalah tempat seseorang melakukan aktiviti membuang air kecil atau pun besar.
Bagi sesetengah jenis tandas, terdapat dua saiz pada butang ‘flush’ yang disediakan, satunya bersaiz kecil manakala satu lagi berbentuk besar.
Tahukah anda rupanya terdapat dua fungsi berbeza pada butang flush ini.
Menurut Jamban King Steve, butang flush kecil akan mengeluarkan tiga liter air dalam mangkuk tandas, manakala butang flush yang besar akan mengeluarkan hingga enam liter air.
Disebabkan perbezaan itu, maka butang flush kecil adalah untuk air kecil, manakala butang flush besar digunakan untuk air besar.
Perbuatan menekan dua butang flush ini secara serentak bukan sahaja menyebabkan berlakunya pembaziran air, malah ia akan memudahkan butang flush mengalami kerosakan.
Sumber: Tiktok