Ini Alasan Kenapa Ramai Pemilik Kenderaan Malaysia Sanggup Tak Servis Kereta

Bagi memastikan kenderaan dapat berfungsi dengan baik, penyelengaraan secara berkala dapat membantu kita daripada menghadapi masalah yang teruk di masa akan datang.

ini alasan kenapa ramai pemilik kenderaan malaysia sanggup tak servis kereta

Bagaimanapun, terdapat kajian yang menunjukkan ramai pemilik kenderaan di Malaysia sanggup untuk tidak servis kereta mereka dan menangguhkan penggantian komponen yang berkait dengan kenderaan.

 

Hal ini adalah disebabkan peningkatan kos sara hidup dan kekangan kewangan yang dihadapi pemilik kenderaan.

 

Berdasarkan laporan daripada penasihat servis Perodua, 50 peratus daripada pemilik didapati sudah lari dari jadual penyelengaraan yang ditetapkan oleh buku servis.

ini alasan kenapa ramai pemilik kenderaan malaysia sanggup tak servis kereta

Akibat daripada penangguhan servis berkala seperti yang dicadangkan oleh buku servis, kerosakan yang lebih serius boleh berlaku kelak hingga menyebabkan pemilik terpaksa membayar lebih mahal.

 

Malah, laporan menunjukkan permintaan dalam perkhidmatan ‘towing’ juga semakin meningkat sejak akhir-akhir ini kerana banyak kereta didapati rosak atau mengalami kemalangan yang berpunca daripada aspek teknikal yang sudah tidak optimum.

 

Untuk mengelakkan daripada masalah ini berlaku, anda dinasihatkan untuk tidak menangguhkan jadual servis atau penggantian komponen yang perlu selagi boleh kerana anda mungkin akan mengalami kerugian lebih teruk di masa akan datang.

 

Sumber: Wap Car