Orang ramai diminta untuk terus membuat laporan kepada pihak berkuasa sekiranya benar terdapat kit ujian pantas (RTK) COVID-19 palsu.
Perkara itu dimaklumkan Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata pihaknya akan menjalankan siasatan dan tindakan segera jika benar ia berlaku.
Menurutnya lagi, setiap RTK yang dikeluarkan perlu mendapat kelulusan dari Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) terlebih dahulu sebelum dijual.
Tambahnya lagi, orang ramai dinasihatkan untuk tidak terus mempercayai pelbagai video di media sosial yang menunjukkan keputusan RTK yang meragukan.
Beliau juga menasihatkan penerima dua dos vaksin Sinovac untuk mendapatkan dos penggalak sebelum akhir bulan ini bagi mengekalkan sijil lengkap vaksinasi di MySejahtera. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan pergerakan harian mereka menjadi terbatas.
Tambahnya, KKM boleh mengunakan Akta 342 untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang memasuki mana-mana premis tanpa sijil digital lengkap vaksinasi.
Sumber: [1]