Jika Ternampak Ikan Warna Biru Ini, Elak Dari Beli Dan Makan Spesis Ikan Ini

Pernahkah anda melihat ikan ini dijual dipasar atau dimana-mana sebelum ini?

jika ternampak ikan warna biru ini, elak dari beli dan makan spesis ikan ini

Jika YA, pastikan anda tidak membeli atau memakan ikan ini kerana ikan berkenaan adalah satu spesis yang sangat penting dalam melindungi ekosistem terumbu karang.

jika ternampak ikan warna biru ini, elak dari beli dan makan spesis ikan ini

Ikan bayan atau parrotfish ini merupakan spesis ikan yang sangat penting khasnya kepada terumbu karang bawah laut. Ikan ini akan memakan lumut dan juga rumpai yang tumbuh disekitar terumbu karang. Tanpa ikan ini, rumpai laut akan tumbuh merimbun, menyebabkan terumbu karang terlindung daripada cahaya matahari seterusnya mati.

jika ternampak ikan warna biru ini, elak dari beli dan makan spesis ikan ini

Memetik hantaran oleh Public Health Malaysia, selain itu sisa buangan ikan ini juga adalah dalam bentuk pepasir yang mana penting bagi pertumbuhan batu karang. Maka, kehadiran ikan ini adalah sangat penting bagi ekosistem terumbu karang.

jika ternampak ikan warna biru ini, elak dari beli dan makan spesis ikan ini

Kajian dari Institut Oceanografi Universiti California juga mengesahkan ikan seperti ikan bayan ini membantu pertumbuhan terumbu karang dengan lebih cepat.

 

Sumber: Public Health Malaysia