Awas, Jangan Makan Kalau Kentang Anda Sudah Seperti Ini

Kentang atau nama penuhnya ubi kentang ialah tanaman yang tidak asing lagi dalam masyarakat kita. Ia menjadi bahan masakan yang boleh dihidangkan pada bila-bila masa sama ada sebagai menu utama mahupun sebagai snek ringan.

awas, jangan makan kalau kentang anda sudah seperti ini

Ubi kentang sekarang menjadi salah satu tanaman makanan yang penting di Eropah walaupun pada awalnya, tumbuhan ini berasal dari Amerika Selatan.

.

Dan kami yakin ramai yang tak tahu info tentang kentang ini.

awas! kentang berwarna hijau dan bertunas tidak selamat dimakan

Menerusi Tweet dr_chaku, keadaan kentang yang telah bertukar warna mengandungi toksid semulajadi yang dikenali sebagai glycoalkaloids iaitu solanin atau chaconine dan ianya tidak selamat untuk  dimakan.

 

.

Selain dari cirit-birit, anda juga berisiko untuk muntah-muntah dan sakit pada bahagian abdomen. Tahukah anda, membakar, merebus, dan menggoreng kentang ini tidak menghapuskan toksin ini.

.

Jadi sebaiknya, sebelum membeli baik pilih kentang dengan kondisi yang baik terlebih dahulu.

.

Terima kasih doktor Kamarul Ariffin di atas perkongsian ini. Diharap info ini boleh dimanfaatkan sepenuhnya oleh orang ramai.