Jangan Garu Jika Kulit Anda Ada Biji Kecil & Gatal Macam Ni

Pernahkah anda mengalami kegatalan pada kulit yang terjadi bersama kulit kering dan bersisik, serta muncul biji-biji kecil kemerahan yang berair?

jangan garu jika kulit anda ada biji kecil & gatal macam ni

Jika YA, anda dinasihatkan untuk tidak menggarunya kerana ia akan menjadikan keadaan lebih teruk dimasa akan datang.

 

Dikenali sebagai dishidrosis, ia adalah sejenis penyakit kulit kering dan gatal yang biasa berlaku, menyebabkan kelepuhan kecil yang berisi cecair, yang terbentuk pada tapak tangan, tepi jari dan bahagian bawah kaki.

jangan garu jika kulit anda ada biji kecil & gatal macam ni

Ia biasa terjadi dalam tempoh tiga minggu dengan kegatalan yang teruk, hingga kulit menjadi kering dan kelihatan bersisik.

 

Meskipun punca kepada keadaan kulit ini tidak diketahui, terdapat beberapa keadaan yang menjadi pencetus kepadanya seperti tekanan dan alahan. Mereka yang kerap berpeluh dan terkena jangkitan kulat pada kulit juga cenderung untuk mengalami penyakit ini.

jangan garu jika kulit anda ada biji kecil & gatal macam ni

Berikut pula simptom keadaan kulit dishidrosis yaang boleh anda lihat jika anda mempunyai penyakit ini:

  • Wujud lepuh seperti biji-biji kecil yang padat pada bahagian tepi jari, tapak tangan dan tapak kaki anda
  • Kulit anda menjadi gatal dan bersisik di sekitar kelepuhan tersebut
  • Berasa sakit pada atau sekitar lepuh
  • Berpeluh dengan banyak di sekitar kawasan kulit yang terkena lepuh
  • Kulit kering dan merekah yang kelihatan sebagai lepuh pudar
  • Kulit menebal di kawasan kulit yang gatal dan melepuh muncul

 

Dishidrosis boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, sama ada kanak-kanak, remaja mahupun dewasa. Namun, ia paling kerap terjadi pada dewasa berusia 20 hingga 40 tahun, dengan golongan wanita lebih cenderung mendapat penyakit ini.

jangan garu jika kulit anda ada biji kecil & gatal macam ni

Bagi merawat penyakit ini, doktor biasanya akan menyarankan penggunaan krim bagi mengurangkan rasa sakit dan juga gatal-gatal pada kulit. Selain itu, anda juga boleh mengamalkan rutin penjagaan kulit seperti berikut di rumah:

  • Rendam tangan dan kaki anda dalam air sejuk bagi mengurangkan simptom yang berlaku
  • Gunakan air suam berbanding air panas apabila anda membasuh tangan atau mandi
  • Gunakan pelembap kulit dengan kerap untuk mengelakkan kulit menjadi terlalu kering
  • Gunakan kompres sejuk setiap hari sekurang-kurangnya 15 minit untuk setiap sesi bagi mengurangkan rasa sakit atau kegatalan pada kulit

 

Pesakit diingatkan untuk tidak menggaru kawasan yang terkena dishidrosis kerana tabiat ini akan menyebabkan masalah kulit menjadi lebih teruk dan parah. Dapatkan pemeriksaan lanjut bersama doktor atau pakar kulit bagi nasihat dan rawatan.

 

Sumber: Hello Doktor