Pengguna Disaran Tidak Cuba Baiki Kenderaan Rosak Di Lorong Kecemasan

Pengguna lebuh raya disaran agar tidak cuba untuk membaiki kenderaan yang rosak di lorong kecemasan, sebaliknya menghubungi talian kecemasan 999 atau pengendali lebuh raya untuk bantuan.

pengguna disaran tidak cuba baiki kenderaan rosak di lorong kecemasan

Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Lembaga Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) Datuk Suret Singh dengan berkata cubaan membaiki kenderaan pada lorong kecemasan di lebuh raya adalah tindakan yang bahaya.

 

"Semua pengendali lebuh raya mempunyai pasukan peronda dan penyelamat, jadi hubungilah mereka untuk mendapatkan bantuan serta mengelakkan kehilangan nyawa. Jika tiada dalam simpanan telefon, nombor pengendali lebuh raya boleh diperoleh melalui carian Google.

"Biasanya pasukan peronda lebuh raya akan tiba secepat mungkin dan menunda kenderaan yang rosak ke kawasan rehat berhampiran selain semua penumpang juga perlu keluar dari kenderaan dan berkumpul di luar penghadang jalan," katanya.

pengguna disaran tidak cuba baiki kenderaan rosak di lorong kecemasan

Beliau juga menasihatkan pengguna lebuh raya supaya mengambil iktibar daripada peristiwa yang pernah berlaku di negara ini, seperti peristiwa kehilangan 10 nyawa di Lebuhraya Elite pada 18 Disember lepas.

 

Menurut beliau, kenderaan yang rosak ditepi jalan perlulah memasang lampu kecemasan, meletakkan segitiga pantul cahaya atau kon keselamatan kira-kira 30 meter di belakang kenderaan, selain menggunakan lampu suluh bagi tujuan tersebut.

 

Beliau turut mencadangkan agar pengguna lebuh raya menyimpan baju pantul cahaya untuk digunakan sekiranya berlaku kerosakan pada waktu malam.

 

Sumber: [1]