Boleh Akibatkan Jangkitan, Jangan Bawa Haiwan Peliharaan Ke Premis Makanan!

Pemilik dinasihatkan untuk tidak membawa haiwan peliharaan mereka ke premis makanan kerana ia boleh mengundang kepada risiko kesihatan kepada orang awam.

boleh akibatkan jangkitan, jangan bawa haiwan peliharaan ke premis makanan!

Tindakan itu juga boleh mendatangkan risiko jangkitan yang memudaratkan pelanggan dan juga haiwan peliharaan mereka sendiri.

 

Demikian menurut Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) yang mengutarakan pendapat mereka mengenai isu ini.

boleh akibatkan jangkitan, jangan bawa haiwan peliharaan ke premis makanan!

"Isu utama di sini adalah kebersihan. Pencinta anjing atau kucing perlu sedar tentang perkara ini supaya tiada isu wabak berjangkit daripada haiwan peliharaan mereka. Sebolehnya, jangan bawa haiwan peliharaan bersama ketika makan.

"Mungkin mereka tidak sedar haiwan peliharaan pembawa kutu, virus atau sebarang penyakit yang boleh berjangkit kepada manusia.

"Perkara ini boleh dibendung dan peniaga juga memainkan peranan selain pelanggan sendiri boleh menegur secara berhemah tindakan pemilik haiwan ini," kata bendaharinya, Nur Asyikin Aminuddin.

 

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut tidak membenarkan haiwan peliharaan dibawa ke premis makanan.

boleh akibatkan jangkitan, jangan bawa haiwan peliharaan ke premis makanan!

Baru-baru ini, tular di media sosial tindakan dua individu yang membawa haiwan peliharaan mereka ke sebuah premis makanan di Bukit Sentosa, Rawang hingga mendatangkan kecaman ramai.

 

Tindakan individu itu telah menyebabkan pemilik premis terpaksa menyertu meja dan kerusi di kedai makan miliknya.

 

Sumber: HMetro