Jangan Anggap Bengkak Leher Perkara Biasa, Lebih Lagi Kaum Wanita

Sesetengah masyarakat sering menganggap perubahan pada tubuh badan sebagai satu perkara biasa, tanpa disedari rupanya ia adalah petanda kepada penyakit tertentu.

 

Misalnya bengkak pada leher yang sering dianggap biasa rupanya mungkin adalah tanda kepada barah tiroid.

jangan anggap bengkak leher perkara biasa, lebih lagi kaum wanita

Barah tiroid adalah barah kelapan tertinggi di Malaysia dan sebahagian besar penghidapnya adalah wanita, demikian menurut data pendaftaran kanser negara.

 

Menurut Dr Wan Fatihah Wan Sohaimi, pakar perubatan nuklear dari Universiti Sains Malaysia, satu daripada jenis barah yang mempunyai fizikal sama dengan bengkak leher adalah barah tiroid.

jangan anggap bengkak leher perkara biasa, lebih lagi kaum wanita

Barah tirod terbahagi kepada dua iaitu agresif dan tidak agresif. Barah tidak agresif dirujuk mengikut kategori umur iaitu bawah 55 tahun dikira sebagai tahap satu dan dua. Meskipun sudah merebak, ia masih boleh dirawat dan mempunyai harapan untuk sembuh.

 

Menurut beliau, bengkak di leher kebiasaannya bermula daripada kulit, kelenjar air liur, kelenjar limfa dan tiroid akibat jangkitan kuman.

 

"Ada dua jenis bengkak di leher iaitu bengkak kelenjar air liur bersifat sementara malah tidak berbahaya serta akan surut dalam tempoh satu hingga dua minggu.

"Yang kedua bengkak disebabkan ketumbuhan. Contoh, limfoma dan beguk yang bengkaknya berpanjangan dan pesakit tidak perlu risau namun tetap memerlukan rawatan doktor," katanya.

jangan anggap bengkak leher perkara biasa, lebih lagi kaum wanita

Sumber: HMetro