Jangan Sesekali Abai Jika Terkena Cakaran Kucing!

Pernahkah anda cuba untuk bermain dengan kucing, namun sebaliknya anda pula dicakar atau digigit oleh haiwan berbulu ini?

jangan sesekali abai jika terkena cakaran kucing!

Jika YA, sila tahu risiko dan bahaya yang dihadapi ini!

 

Menurut laman Facebook Public Health Malaysia, jika anda dicakar kucing dan terluka, sejenis bakteria Bartonela henselae boleh berjangkit pada anda.

jangan sesekali abai jika terkena cakaran kucing!

Kajian menunjukkan 40% kucing pernah dijangkiti oleh bakteria ini dan ia boleh masuk ke dalam tubuh badan anda melalui air liur kucing, menyebabkan pemangsa mengalami penyakit Cat Scratch Fever.

 

Dalam tempoh 3 hingga 14 hari, luka akan kelihatan merah, bengkak dan panas, menyebabkan ia bernanah dan menyakitkan.

 

Kelenjar di kawasan luka akan membengkak dan anda mungkin mengalami demam sehingga menggigil, lemah badan dan hilang selera makan serta sakit kepala.

 

Malah, ada juga kes yang mengakibatkan jangkitan organ lain seperti mata, otak dan jantung.

jangan sesekali abai jika terkena cakaran kucing!

Segera dapatkan rawatan jika anda dicakar atau digigit kucing!

jangan sesekali abai jika terkena cakaran kucing!

Sumber: Public Health Malaysia