Jambatan Kaca Paling Panjang Di Dunia Dibuka Akhir Bulan Ini. Ada Berani?

Jika anda seorang yang takut akan ketinggian atau gayat, destinasi ini bukanlah tempat yang sesuai dengan anda.

jambatan kaca paling panjang di dunia dibuka akhir bulan ini. ada berani?

Ini adalah kerana, sebuah jambatan kaca sepanjang 632 meter dan 50 meter tinggi dilaporkan akan dibuka di Son La, Vietnam kepada pelancong tidak lama lagi dan merupakan jambatan kaca paling panjang di dunia.

.

Perkara itu dimaklumkan pegawai pelancongan Moc Chau di wilayah itu dengan nama jambatan dikenali sebagai Bach Long.

jambatan kaca paling panjang di dunia dibuka akhir bulan ini. ada berani?

Bach Long dilaporkan akan dibuka kepada orang ramai pada 30 April ini sempena dengan cuti Hari Penyatuan Semula.

.

Sebelum ia dinobatkan sebagai jambatan kaca terpanjang di dunia, pihak Bach Long kini sedang dalam menghantar butiran kepada Guiness World Records.

Menurut pihak berkuasa pelancongan Vietnam, hanya 500 pelancong sahaja dibenarkan untuk berada di atas jambatan itu pada satu-satu masa sebagai langkah keselamatan.

.

Ketika ini, rekod jambatan terpanjang di dunia adalah milik China, iaitu sepanjang 429.98 meter di atas Ngarai Besar Zhangjiajie dekat wilayah Hunan.

.

Sumber: [1]