Sebahagian Jalan di Banda Hilir, Melaka Ditutup Untuk Kenderaan Tiap Sabtu Bermula 6 Petang

Tahukah anda terdapat penutupan sebahagian jalan di sekitar Banda Hilir, Melaka selama enam jam pada setiap hari Sabtu, bermula jam 6 petang hingga 12 tengah malam?

sebahagian jalan di banda hilir, melaka ditutup untuk kenderaan tiap sabtu bermula 6 petang

Sebagai langkah percubaan untuk ‘Zon Bebas Kenderaan’, inisiatif itu telahpun mula dilakukan Sabtu lalu (19 Ogos) dan mendapat kerjasama baik daripada semua pihak.

 

Bagaimanapun kerajaan negeri akan terus membuat kajian terperinci, khususnya berkaitan aliran trafik di laluan sekitar kawasan berkenaan.

 

Berdasarkan tinjauan semasa percubaan itu dibuat baru-baru ini, kebanyakkan peniaga dan penguasa kecil dan sederhana di kawasan berkenaan menyambut baik langkah tersebut yang dilihat memberi manfaat kepada mereka.

sebahagian jalan di banda hilir, melaka ditutup untuk kenderaan tiap sabtu bermula 6 petang

Penutupan jalan berkenaan dilihat memberi ruang kepada peniaga untuk berniaga di kaki jalan atau diluar premis mereka sekaligus meningkatkan pendapatan.

 

Untuk info, kerajaan negeri Melaka sedang melaksanakan ‘Zon Bebas Kenderaan’ secara percubaan setiap Sabtu bermula 6 petang hingga 12 tengah malam, melibatkan penutupan jalan kira-kira 2.3 kilometer. Antara jalan terlibat adalah Jalan Istana, Jalan Mahkamah, Jalan Gereja, Lorong Gereja, Jalan Laksamana serta sebahagian Jalan Tun Khalil Yaakob dan Jalan Merdeka.

 

 

Sumber: Astro AWANI / Twitter