Kesesakan lalu lintas merupakan satu isu yang dilihat seakan tiada penghujungnya.
.
Di Jakarta, Indonesia, mereka mengambil pendekatan unik untuk menyelesaikan isu kesesakan lalu lintas dengan memperkenalkan konsep ganjil genap.
Peraturan ganjil genap merupakan satu peraturan lalu lintas yang mana menghadkan akses ke kawasan tertentu kepada kenderaan persendirian dengan digit terakhir nombor plat dengan tarikh semasa.
.
Misalnya, jika tarikh hari ini adalah 7 haribulan, iaitu nombor ganjil, maka kenderaan yang berakhir dengan nombor ganjil sahaja dibenarkan untuk melalui jalan tertentu.
Baru-baru ini, kerajaan provinsi Jakarta telah memperluaskan zon ganjil genap kepada 25 berbanding hanya 16 zon sebelum ini, berkuatkuasa minggu lalu dengan tujuan mengurangkan kesesakan lalu lintas.
.
Waktu operasi peraturan ganjil genap hanya bermula dari jam 6 hingga 10 pagi waktu Indonesia Barat (WIB) dan 4 hingga 8 pagi WIB, setiap Isnin hingga Jumaat kecuali hujung minggu dan cuti umum. Mereka yang gagal mematuhi peraturan ganjil-genap ini akan berdepan penalti sehingga 500,000 Rupiah, atau kira-kira RM150.
.
Pun begitu, Jakarta masih bergelut dengan masalah kesesakan lalu lintas yang teruk sejak sekatan COVID-19 dikurangkan, memaksa ramai penduduk memilih untuk menggunakan teksi motosikal.
.
Sumber: [1]