Ramai Setuju Mohon Instagram Tidak Jadi Seperti Tiktok

Aplikasi Instagram merupakan sebuah perkhidmatan rangkaian sosial perkongsian gambar dan video secara dalam talian yang dimiliki oleh Meta.

 

Sejak mula dilancar pada 6 Oktober 2010, Instagram telah melalui pelbagai fasa kemas kini, dan terbaru aplikasi itu memfokuskan kepada kandungan video menegak, sama seperti pesaingnya, Tiktok.

ramai setuju mohon instagram tidak jadi seperti tiktok

Bagaimanapun kemas kini itu nampaknya tidak digemari ramai penggunanya, termasuklah beberapa selebriti terkenal seperti Kylie Jenner dan Kim Kardashian.

 

Kedua-dua selebriti terkenal ini telah berkongsi semula foto dari Instagram @illuminati yang memaparkan teks berikut:

 

“Jadikan Instagram sebagai Instagram semula.

“Hentikan cubaan untuk menjadi Tiktok, saya hanya mahu melihat foto comel dari rakan-rakan saya.

“Yang ikhlas, semua orang,”

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by ▵✖️tati (@illumitati)

 

 

Foto tersebut telah mendapat perhatian ramai dan kini memperoleh lebih 1.9 juta tanda suka dengan lebih 37 ribu komen.

ramai setuju mohon instagram tidak jadi seperti tiktok

Bagaimanapun menurut Ketua Eksekutif Instagram, Adam Mosseri berkata, platform Instagram masih memfokuskan kepada foto dan video, dan bukannya fungsi Reels semata-mata. Katanya, semua yang berlaku di Instagram adalah berdasarkan algoritm pengguna.

 

 

 

Sumber: Tech Times / NDTV