Dikenali Dengan Sifat Pemurah, IU Sumbang Lebih RM650 Ribu Pada Pusat Kebajikan

Pelakon dan penyanyi, Lee Ji-eun atau lebih dikenali dengan panggilan IU adalah antara selebriti dari Korea Selatan yang dikenali dengan sifat pemurah.

dikenali dengan sifat pemurah, iu sumbang lebih rm650 ribu pada pusat kebajikan

 IU dilaporkan terus memberi sumbangan peribadi seperti bantuan kewangan kepada pihak yang memerlukan dan kini dikatakan sudah menyumbang lebih RM650,000 kepada dua pusat kebajikan.

 

Dua pusat kebajikan yang menerima sumbangan sama rata dari IU adalah Yayasan Kebajikan Masyarakat Asan dan Persatuan Kebajikan Kanak-kanak Metropolitan Seoul.

dikenali dengan sifat pemurah, iu sumbang lebih rm650 ribu pada pusat kebajikan

Menurut IU, beliau meluahkan rasa teruja kerana dapat menjayakan konsert sempena ulang tahun ke-14 penglibatannya dalam industri hiburan, khususnya bersama para peminatnya dengan nama Uaenas.

 

"Ketika ini bersama Uaena, saya kongsikannya (sumbangan) dengan hati yang bahagia. Selama lebih sedekad ini, saya gembira selalu dapat memberikan keajaiban bersama Uaena.

"Saya amat berharap hati kita semua dapat bersatu demi membawa keajaiban kepada orang lain yang memerlukan bantuan," katanya dalam satu kenyataan.

 

IU dilaporkan sudah beberapa kali menyumbangkan pelbagai jenis bantuan dan sumbangan khusus kepada golongan yang memerlukan.

 

Sumber: HMetro