Hanya IU dan Jungkook Bintang K-Pop Dalam Senarai 200 Penyanyi Terhebat Sepanjang Zaman Ini

Dua bintang K-pop iaitu IU dan Jungkook berjaya menempatkan nama dalam senarai 200 Penyanyi Terhebat Sepanjang Zaman.

 

Senarai yang dikeluarkan oleh Rolling Stone itu menempatkan Jungkook pada tempat ke 191, manakala IU pula pada tempat ke 135.

hanya iu dan jungkook bintang k-pop dalam senarai 200 penyanyi terhebat sepanjang zaman ini

"Jung Kook, ahli termuda BTS, mempunyai bakat yang menyerlah — dia seorang penghibur yang hebat, mampu menulis beberapa lagu, dan dikenali sebagai seorang yang sangat rajin serta merendah diri walaupun memperoleh kejayaan yang hebat pada usia awal," demikian menurut Rolling Stone.

 

Dalam laporan sama, Rolling Stone turut mengiktiraf IU menerusi kebolehannya dalam pelbagai genre lagi berbeza, daripada bossa nova, jazz dan balada.

hanya iu dan jungkook bintang k-pop dalam senarai 200 penyanyi terhebat sepanjang zaman ini

Berada ditempat teratas Rolling Stone's Top 200 Greatest Singers of All Time adalah penyanyi, Aretha Franklin, diikuti Whitney Houston, Sam Cooke, Billie Holiday, Mariah Carey, Ray Charles, Stevie Wonder, Beyonce, Otis Redding dan Al Green.

 

Sumber: Rolling Stone