Hamil Anak Kedua, Isteri Penyanyi Ini Mengidam Naik Basikal Tengah Malam

Proses kehamilan adalah satu tempoh yang mungkin sukar untuk sesetengah individu. Ketika tempoh ini juga, ramai ibu yang mungkin mengidamkan sesuatu sama ada makanan atau lain-lain lagi.

hamil anak kedua, isteri penyanyi ini mengidam naik basikal tengah malam

Sama seperti isteri kepada penyanyi dari Indonesia ini yang sedang menghitung hari menantikan kelahiran anak kedua mereka.

hamil anak kedua, isteri penyanyi ini mengidam naik basikal tengah malam

Penyanyi Aurel Hermansyah kini sedang hamil anak kedua, telah mengidam untuk berbasikal pada jam 12 malam.

 

Beliau yang juga isteri kepada Youtuber, Atta Halilintar turut dikatakan mengidam untuk melancong ke negara Jepun.

 

“Dia pernah minta nak kayuh basikal pada jam 12 malam, cuba bayangkan mana ada orang naik basikal lewat malam. Dengan keadaan sunyi dan dia boleh kena selesema.

“Akhirnya saya layankan dengan menaiki basikal elektrik,” kata Atta.

 

Disebabkan isterinya itu mengidam mahu ke Jepun, dan selepas segala persiapan telah dibuat, Aurel bagaimanapun membatalkan hasrat tersebut kerana tidak mahu berasa penat.

 

“Dia pernah mengidam nak ke Jepun, semasa ulang tahun kelahiran dir, saya telah siapkan segala tiket dan semuanya, tapi tiba-tiba dia tak mahu,” kongsi Atta lagi.

 

Terdahulu, Atta dan Aurel mendirikan rumah tangga pada 4 April 2021 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Ameena Hanna Nur Atta.

 

Sumber: Detik Hot