Permintaan Tinggi, Ada Yang Isi Tabung Oksigen Guna Pam Tayar Motosikal

Disebabkan permintaan terhadap bekalan oksigen menjadi semakin tinggi, satu sindiket penipuan telah dikesan di Kabupaten Tulungagung dekat Jawa Timur yang mana mereka mengisi tabung oksigen dengan menggunakan pam tayar motosikal.

permintaan tinggi, ada yang isi tabung oksigen guna pam tayar motosikal

Menurut laporan, kegiatan itu dikesan dalam kalangan penternak ikan hiasan tempatan dan berjaya dibongkarkan oleh warga setempat.

 

Warga setempat itu menyedari penipuan berkenaan selepas membeli tiga buah silinder oksigen, dimana salah satunya digunakan bagi ternakan ikan, dan dua lagi bagi keluarganya yang dijangkiti COVID-19.

 

Ternyata, ikan ternakannya mati selepas menggunakan bekalan tabung oksigen berkenaan dan selepas disiasat ia hanya angin pam tayar.

 

“Isian oksigen itu dijual pada harga mahal iaitu mencecah 100,000 rupiah (RM25) berbanding 25,000 rupiah (RM7) pada kebiasaannya,” kata pembeli tersebut yang hanya dikenali sebagai Alipin.

 

Beliau kemudian menyebarkan berita berkenaan kepada kenalannya sebagai peringatan untuk mengelakkan daripada menjadi mangsa sepertinya.

 

Tambahnya, cara-cara mengesan oksigen palsu dan asli adalah mengukur suhunya di atas api. Suhu tabung oksigen palsu akan menjadi lebih panas berbanding oksigen asli. Selain itu, saat dihirup maka oksigen asli akan berasa lebih segar sedangkan oksigen palsu adalah seperti udara biasa.

 

Ketika ini, Indonesia sedang bergelut dengan lonjakan kes COVID-19 terutamanya melibatkan varian Delta, dan telah mencatatkan kes baru tertinggi di dunia untuk tempoh seminggu setakat 18 Julai yang lalu.

 

Varian Delta dikenali sebagai varian yang sangat mudah berjangkit dan dijangka menjadi varian dominan bagi tempoh beberapa bulan akan datang.

 

Sumber: Kosmo!