Instagram Uji Fungsi Video Reels Cecah 10 Minit, Warganet Kata Macam IGTV Pula

Instagram telah menjadi salah satu platform media sosial yang paling popular di seluruh dunia. Dengan pelbagai ciri menariknya, Instagram telah mengubah cara pengguna berkongsi gambar dan video.

instagram uji fungsi video reels cecah 10 minit, warganet kata macam igtv pula

Salah satu ciri pada Instagram yang semakin mendapat perhatian adalah "Reels," yang menyediakan peluang baru untuk menghasilkan dan berkongsi kandungan video pendek dengan kreativiti yang tak terbatas.

 

Terbaharu, platform milik Meta ini dilapor sedang menguji fungsi terbaharu untuk Reels di Instagram, iaitu dengan membenarkan pengguna berkongsi video lebih panjang, sehingga 10-minit.

instagram uji fungsi video reels cecah 10 minit, warganet kata macam igtv pula

Menerusi perkongsian penyelidik aplikasi, Alessandro Palazzi, Reels di Instagram bakal meniru pesaing utamanya iaitu Tiktok, dengan membolehkan pengguna memilih pilihan video 3-minit dan 10-minit ketika berkongsi video kepada platform berkenaan.

 

Meskipun ramai menyambut baik fungsi terbaharu Reels ini, ada yang berpendapat ia tidak jauh bezanya dengan fungsi IGTV yang pernah diperkenalkan Instagram suatu ketika dahulu.

instagram uji fungsi video reels cecah 10 minit, warganet kata macam igtv pula

IGTV adalah satu ciri dalam Instagram yang membolehkan pengguna mengunggah video dengan tempoh yang lebih lama, sehingga 60 minit. Ciri ini direka khas pada tahun 2018 untuk kandungan video yang lebih panjang dan menarik. IGTV boleh diakses melalui aplikasi Instagram atau aplikasi IGTV yang tersendiri, membolehkan pengguna meneroka video dari pelbagai kategori dan mengikuti pencipta kandungan kegemaran mereka. Dengan IGTV, pengguna boleh mencipta kandungan yang lebih panjang dan interaktif untuk meluaskan jangkauan mereka di platform Instagram.

 

Bagaimanapun pada penghujung Februari 2022, Instagram mengumumkan untuk menutup fungsi IGTV dan menggantikannya dengan Reels, sebagai saingan kepada Tiktok.

 

Apa komen anda?

Sumber: Social Media Today