Instagram Uji Fungsi Tolong Uploadkan IG Stories Pada Profil Kawan

Instagram merupakan salah satu media sosial yang digunakan kebanyakkan kita, bagi berkongsi foto dan video, untuk tatapan pengikut serta rakan-rakan secara atas talian.

 

Mereka yang menggunakan Instagram pasti pernah menggunakan fungsi IG Stories, yang mana setiap pengguna boleh berkongsi foto mahupun video yang hanya akan terpampang dalam tempoh masa 24 jam pada akaun masing-masing.

 

Baru-baru ini, media sosial dibawah seliaan Meta itu dilapor sedang menguji fungsi terbaharu, yang mana membolehkan kita berkongsi IG Stories untuk rakan-rakan kita sendiri.

instagram uji fungsi tolong uploadkan ig stories pada profil kawan

Menerusi pengguna Jonah Manzano, beliau berkongsi tangkap layar yang mana Instagram kini dilihat sedang menguji fungsi yang membolehkan IG Stories kita dikongsi pada Story kawan, melalui ‘Friend’s Story’.

 

Melalui fungsi ini, mereka yang dipilih pengguna untuk berkongsi Story akan dibenarkan untuk berkongsi semula hantaran itu pada profil mereka, jika dibenarkan, dan ia akan kelihatan seperti mereka yang memuatnaik IG Stories berkenaan.

instagram uji fungsi tolong uploadkan ig stories pada profil kawan

Fungsi ini nampaknya sama dengan fungsi ‘Collaboration’ pada feed masing-masing, bezanya kini cuma ia pada IG Stories pula. Bagaimanapun tidak dapat dipastikan bila ia akan dilancarkan kepada semua pengguna Instagram di seluruh dunia.

 

Sumber: Social Media Today