Instagram Uji Fungsi Pengguna Lain Boleh Tambah Gambar, Video Dekat Post Orang Lain

Instagram kini dilapor sedang menguji satu fungsi terbaharu pada aplikasi mereka dengan memperkenalkan penambahbaikan pada pilihan kolaborasi.

instagram uji fungsi pengguna lain boleh tambah gambar, video dekat post orang lain

Menurut laporan, fungsi kalaborasi itu akan membenarkan pengguna lain menambah imej atau video pada hantaran pengguna lain sedia ada.

 

Menerusi satu tangkap layar oleh pengkaji aplikasi, Alessandro Paluzzi, fungsi baharu itu membolehkan pengguna lain menambah gambar atau video kepada satu hantaran yang sudah dimuatnaik, dengan kebenaran pemilik asal.

 

Ia bermaksud, foto atau imej yang ingin ditambah pengguna lain dalam hantaran sedia ada itu tidak akan dipaparkan selagi ia belum disahkan pemilik asal hantaran tersebut.

 

Fungsi ini dilihat bakal menambahbaik hantaran berganda dan fungsi kolaborasi antara pengguna Instagram, seterusnya membolehkan satu album gambar atau video dicipta.

 

Terdahulu, Instagram pernah menambah fungsi ‘remix’ yang membolehkan pengguna menggabungkan video pengguna lain, sekaligus memperluaskan capaian video dalam aplikasi Instagram.

instagram uji fungsi pengguna lain boleh tambah gambar, video dekat post orang lain

Bagaimanapun, kebanyakkan kemaskini yang dibuat Instagram dilihat hampir menyamai dengan apa yang dibuat pesaingnya iaitu TikTok.

 

Sumber: Social Media Today