Instagram Uji Efek Khas Gambar Profil Sempena Hari Lahir Anda

Aplikasi sosial popular, Instagram kini sedang menguji satu efek khas sempena hari lahir pengguna pada aplikasinya.

 

Menurut laporan, fungsi itu membolehkan pengguna menukar gambar profil kepada efek khas yang hanya akan ditayangkan pada hari lahir pengguna.

instagram uji efek khas gambar profil sempena hari lahir anda

Fungsi ini dilihat sama dengan apa yang telah digunakan pada Facebook, sebagai tanda menunjukkan anda sedang meraikan hari yang bahagia itu kepada pengikut dan rakan-rakan.

 

Terdahulu, Instagram telah menyarankan pengguna untuk memasukkan tarikh lahir pada aplikasi itu sejak 2021 lagi. Dengan ini, Instagram sudah mempunyai data lengkap tarikh lahir pengguna dan ia memudahkan mereka untuk menguji efek khas ini pada hari kelahiran anda nanti.

instagram uji efek khas gambar profil sempena hari lahir anda

Tambah pula, manusia amat gemarkan sambutan hari lahir, jadi fungsi efek khas ini pasti akan menjadi sambutan ramai pengguna aplikasi Instagram nanti.

 

Sumber: Social Media Today