Instagram Perkenal Fungsi ‘Create’, Buat Sticker Dengan Mudah, Cepat

Aplikasi media sosial popular dunia, Instagram kini sedang menguji fungsi mencipta pelekat (sticker) secara terus daripada aplikasinya.

 

Melalui fungsi ‘Create’, pengguna boleh mencipta pelbagai stickers menarik daripada gambar yang dimuatnaik seterusnya digunakan dalam Instagram Story mahupun Reels.

instagram perkenal fungsi ‘create’, buat sticker dengan mudah, cepat

Ia hampir sama dengan fungsi yang ditawarkan ketika ini kepada pengguna iOS16 dan ke atas, yang mana pengguna hanya perlu menekan pada imej yang ingin dijadikan pelekat dan digunakan merentasi aplikasi.

instagram perkenal fungsi ‘create’, buat sticker dengan mudah, cepat

Pun begitu, Ketua Pegawai Eksekutif Instagram, Adam Mosseri berkata, kelainan pada fungsi stickers di Instagram ini adalah pengguna boleh mencipta pelekat daripada apa-apa imej yang anda lihat di Instagram, dan tidak terhad hanya kepada foto anda di Galeri fon.

 

Bagaimanapun masih belum ada sebarang tarikh rasmi untuk pelancaran fungsi ini kepada pengguna Instagram di seluruh dunia. Ia masih diuji kepada beberapa pengguna sahaja buat ketika ini.

 

Sumber: Social Media Today