Instagram Bakal Sokong Gambar Saiz Menegak Tidak Lama Lagi

Aplikasi Instagram dilihat semakin cuba untuk menyaingi pesaingnya, Tiktok.

 

Ia selepas aplikasi itu kini mementingkan kandungan bersaiz skrin penuh yang mana Instagram tampil dengan fungsi Reels dan terbaru aplikasi itu akan menyokong gambar pada nisbah menegak.

instagram bakal sokong gambar saiz menegak tidak lama lagi

Buat masa ini, Instagram hanya menyokong gambar format segi empat tepat dan mendatar. Dan kini dilaporkan Instagram akan membenarkan format gambar dengan nisbah 9:16 dalam masa terdekat.

 

Selama ini nisbah menegak ini hanya disokong dengan baik pada Stories sahaja. Kini, paparan gambar boleh dipamerkan secara menegak secara paparan penuh.

instagram bakal sokong gambar saiz menegak tidak lama lagi

Perubahan ini pasti membuatkan ramai pengguna tidak berasa selesa dan banyak tentangan.

 

Sumber: The Verge