Insiden Buka Pintu Pesawat, Tiada Lagi Tempat Duduk Bahagian Pintu Kecemasan Dijual

Baru-baru ini, tular insiden yang menunjukkan kejadian penumpang sebuah pesawat berdepan detik mencemaskan selepas seorang penumpangnya membuka pintu kecemasan ketika masih berada di udara.

insiden buka pintu pesawat, tiada lagi tempat duduk bahagian pintu kecemasan dijual

Kejadian itu berlaku di atas pesawat A321-200 yang membawa hampir 200 penumpang ketika menghampiri landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Daegu, kira-kira 240 kilometer di tenggara Seoul.

Ekoran daripada insiden itu, syarikat berkenaan, Asiana Airlines kini tidak lagi menawarkan penjualan tempat duduk di bahagian pintu kecemasan pesawat.

 

"Bermula Ahad, tempat duduk kecemasan 31A dan 26A dalam pesawat 14 A321-200 tidak lagi ditawarkan untuk dijual.

"Sebagai keselamatan, langkah ini akan terpakai walaupun penerbangan penuh," kata syarikat penerbangan itu kepada AFP.

insiden buka pintu pesawat, tiada lagi tempat duduk bahagian pintu kecemasan dijual

Meskipun pesawat telah mendarat dengan selamat, beberapa penumpang dimasukkan ke hospital untuk rawatan ringan. Tiada kecederaan serius dilaporkan dalam insiden itu.

 

Malah lelaki yang membuka pintu kecemasan itu juga telah ditahan pihak berkuasa Daegu kerana melanggar undang-undang keselamatan penerbangan. Beliau berdepan hukuman penjara hingga 10 tahun jika disabitkan dengan kesalahan.

 

Menurut laporan, lelaki berusia 30-an yang membuka pintu kecemasan itu bertindak sedemikian kerana berasa lemas duduk terlalu lama di dalam kabin. Beliau juga pernah mengalami tekanan akibat menganggur.

 

Sumber: CNA