Kenapa Kucing Jilat Kaki Lepas Makan Walaupun Tak Makan Pakai Tangan?

Buat pemilik kucing, pasti anda perasan tabiat kucing anda yang gemar untuk menjilat kaki hadapannya, khasnya selepas makan.

kenapa kucing jilat kaki lepas makan walaupun tak makan pakai tangan?

Jika difikirkan semula, kenapa perlu dijilat kaki hadapan itu sedangkan mereka bukannya makan menggunakan tangan, betul tak?

.

Memetik laporan dari Verst, tabiat menjilat paw itu membawa maksud dan tujuan yang pelbagai kepada kucing dan ia menjadi satu kewajipan bagi mereka selepas makan.

kenapa kucing jilat kaki lepas makan walaupun tak makan pakai tangan?

Umumnya kucing adalah haiwan yang sangat mementingkan kebersihan dan sangat cerewet kepada banyak perkara. Perbuatan menjilat paw itu adalah bagi membersihkan segala kotoran atau sisa makanan yang disekat di mulut atau muka si meow.

.

Lidah mereka mempunyai permukaan kasar yang mampu menyisir dan memisahkan segala jenis kekotoran atau sisa makanan selepas makan. Bahagian muka seperti telinga, hidung, belakang kepala dan mulut adalah kawasan yang sukar dicapai oleh lidah mereka, jadi dengan menggunakan tangan hadapan, ia bertindak sebagai ‘sikat’ bagi membantu mereka membersihkan kawasan itu dengan mudah.

kenapa kucing jilat kaki lepas makan walaupun tak makan pakai tangan?

Pendek kata, tindakan menjilat tangan itu sebenarnya diibaratkan kita yang sedang mengelap mulut dengan kain basah selepas makan.

.

Sumber: Verst