Influencer Di Norway Boleh Kena Penjara Kalau Edit Gambar Tanpa Izin

Kumpulan influencer, selebriti atau mereka yang popular di media sosial dekat Norway boleh dikenakan denda atau penjara jika didapati menyunting gambar untuk iklan tanpa izin dan perakuan.

influencer di norway boleh kena penjara kalau edit gambar tanpa izin

Undang-undang baru yang terpakai untuk semua pempengaruh media sosial di negara itu memperuntukkan individu yang ingin membuat iklan atau hantaran yang disunting perlu membayar sejumlah wang.

 

Arahan itu dibuat selepas selesai pindaan bagi Akta Pemasaran Norway.

 

Menurutnya, suntingan pada saiz badan dan kulit seseorang dalam sesebuah iklan, perlu dimaklumkan kepada umum. Ia termasuklah kumpulan influencer yang ingin mengiklankan produk kecantikan seperti membesarkan bibir, meningkatkan otot badan atau menyatakan mereka kurus selepas menggunakan sesuatu produk.

 

Influencer dan selebriti yang menerima bayaran dan kemudahan daripada media sosial mereka bakal terikat dengan undang-undang berkenaan apabila ia dikuatkuasakan kelak.

 

Sumber: BBC