Buat kebanyakkan pasangan berumahtangga pasti amat menantikan kehadiran cahaya mata sebagai pelengkap. Ada pasangan yang mudah mendapat anak, dan ramai juga yang terpaksa menantikan bertahun-tahun lamanya bagi mendapatkan zuriat.
Namun lain pula bagi pempengaruh (influencer) terkenal dari Indonesia ini yang mana beliau dan suami lebih selesa untuk tidak mempunyai zuriat sejak 2021 lagi.
Menurut Gita Savitri Devi, 31, beliau pada mulanya ditanya rahsia kecantikan dan awet muda, lalu jawabnya beliau hanya mendapatkan tidur cukup selama lapan jam tanpa tekanan mendengar anak menangis.
“Ya, pada aku anak tu beban. Buat anda, bukan tapi anugerah. Buat aku beban makanya aku tak mahu punya anak. Dan tiada masalah dengan pilihan aku itu,” katanya pada satu sesi Instagram live pada Rabu lalu.
Dilaporkan beliau dan suami, Paulus Andreas Partohap memang merancang untuk hidup berdua hingga akhir hayat sejak sebelum mereka bernikah lagi.
Kata-kata Gita yang popular di Youtube ini nyata mengundang amarah ramai, terutamanya mereka yang sudah bergelar ibu sehingga ada yang melabelkan Gita sebagai ‘sombong’. Namun, ada sebilangan warganet yang faham dengan maksud yang cuba disampaikan wanita ini.
Sumber: Detik.com