“Walaupun Sebutir Beras…” - Rakyat Indonesia Dilapor Bazir 16.3 Juta Tan Makanan Setiap Tahun

Rakyat Indonesia kini berhadapan dengan isu pembaziran makanan pada jumlah yang membimbangkan.

“walaupun sebutir beras…” - rakyat indonesia dilapor bazir 16.3 juta tan makanan setiap tahun

Menurut Pengarah Jabatan Makanan dan Gizi, Badan Makanan Nasional Republik Indonesia, Drs. Nyoto Suwignyo, kira-kira 59.8 kilogram (kg) makanan per kapita dibazirkan penduduk negara tersebut dalam tempoh setahun.

Daripada angka 59.8 kg itu, 28 kg adalah sampah makanan adalah daripada isi rumah sementara 31.8 kg lagi daripada bukan isi rumah.

Sekiranya dihitung bersama populasi Indonesia yang terdiri 273 juta orang, jumlah sisa makanan yang dihasilkan negara tersebut setiap tahun mencecah 16.3 juta tan.

“Walaupun butir beras pun, akan tumbuh dalam jangka masa yang sangat lama (purata 3 hingga 4 bulan), jika dibazirkan begitu sahaja akan mengakibatkan pembaziran dalam pengurusan makanan,” ujar Nyoto Suwignyo.

Menurut butiran jumlah sisa makanan itu, 2.7 kg adalah beras, 7.3 kg adalah sayuran, 5 kg adalah buah, tempe dan tauhu, 2.8 kg oncom.

Selebihnya adalah ikan, daging dan lain-lain.

 

Sumber: Kosmo