Lepas Berjaya Mendarat di Bulan, India Cuba Teroka Matahari Pula

Baru-baru ini, India mencipta sejarah tersendiri selepas berjaya menjadi negara pertama di dunia yang mendaratkan kapal berhampiran kutub selatan bulan.

 

Menurut Pertubuhan Penyelidikan Angkasa Lepas India (ISRO), susulan kejayaan itu, mereka kini menyasarkan untuk meninjau matahari pula.

lepas berjaya mendarat di bulan, india cuba teroka matahari pula

"Pelancaran Aditya-L1, balai cerap India berasaskan angkasa pertama yang mengkaji matahari, dijadualkan pada 2 September ini," kata ISRO di laman X.

 

Aditya membawa maksud ‘matahari’ dalam bahasa Hindi, akan dilepaskan dalam lingkaran cahaya di kawasan angkasa kira-kira 1.5 juta kilometer dari Bumi.

 

"Ini akan memberikan kelebihan yang lebih besar untuk memerhati aktiviti suria dan kesannya terhadap cuaca angkasa dalam masa nyata," kata ISRO.

lepas berjaya mendarat di bulan, india cuba teroka matahari pula

Tambahnya lagi, kapal angkasa itu akan membawa tujuh muatan, memerhati lapisan paling luar matahari yang dikenali sebagai photosphere dan chromosphere.

 

Antara tujuan eksplorasi matahari ini adalah bagi mengkaji pemacu bagi cuaca angkasa, termasuk untuk lebih memahami dinamik angin suria.

 

Terdahulu, NASA dan Agensi Angkasa Eropah (ESA) pernah menempatkan orbiter untuk mengkaji matahari, namun eksplorasi ini adalah yang pertama seumpamanya bagi negara India.

 

Sumber: Reuters