India Bakal Atasi China Sebagai Negara Paling Banyak Penduduk Di Dunia Menjelang 2023

India dijangka bakal menjadi negara paling ramai penduduk di dunia menjelang 2023, sekaligus menewaskan China, menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

india bakal atasi china sebagai negara paling banyak penduduk di dunia menjelang 2023 

Pada ketika ini, kedua-dua negara itu difahamkan mempunyai populasi semasa lebih 1.4 bilion.

Menurut PBB, sementara penduduk China meningkat daripada 1.14 bilion pada 1990 kepada 1.43 bilion pada 2023, penduduk India bagaimanapun telah meningkat secara drastik iaitu daripada 861 juta kepada 1.412 bilion dalam tempoh sama.

Selain itu, China yang dijangka menghadapi krisis penduduk pada masa akan datang, diramal mempunyai populasi yang lebih kecil iaitu 1.32 bilion penduduk menjelang 2050.

Dalam pada itu, jumlah penduduk dunia juga dijangka akan meningkat kepada 8 bilion menjelang November tahun ini, menurut laporan sama.

Walaupun pertumbuhan populasi global kini berada pada kadar paling perlahan sejak 1950, dunia bagaimanapun, tetap dijangka akan mencapai kemuncak dengan jumlah 10.4 bilion penduduk menjelang 2080-an.


Sumber: [1]