NASA Kongsi Imej Baru Permukaan Planet Marikh

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) telah berkongsi foto terbaharu permukaan planet Marikh yang mengejutkan ramai.

.

Foto yang menunjukkan kawah planet Marikh itu telah dimuatnaik menerusi laman Instagram rasmi NASA, pada Isnin.

nasa kongsi imej baru permukaan planet marikh

Menerusi penerangan NASA, imej permukaan kawah Marikh itu adalah pada kedudukan longitud 0°, yang mana juga disebut sebagai Airy Crater.

.

“Kawah yang lebih besar yang terletak di dalam kawah ini, yang dipanggil Airy Crater, pada asalnya mentakrifkan sifar longitud untuk Marikh, tetapi apabila foto resolusi lebih tinggi tersedia, ciri yang lebih kecil diperlukan. Kawah ini, dipanggil Airy-0 (sifar) telah dipilih kerana ia tidak perlu melaraskan peta sedia ada,” jelas NASA.

.

Dapat dilihat kawah tersebut mempunyai corak yang aneh pada tengahnya, berbanding permukaan planet Marikh yang lain hingga menarik lebih 400 ribu tanda suka pada hantaran berkenaan.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by NASA (@nasa)

 

Imej itu juga telah diambil oleh Eksperimen Sains Pengimejan Resolusi Tinggi (HiRISE), di Mars Reconnaissance Orbiter. Peta diunjurkan di sini pada skala 50 sentimeter (19.7 inci) setiap piksel.

 

Sumber: [1], [2]