Teleskop Angkasa James Webb (James Webb Space Telescope, JWST) adalah balai cerap inframerah yang bertujuan menggantikan Teleskop Angkasa Hubble.
Mula dilancarkan pada 25 Disember 2021, JWST mempunyai empat misi utama iaitu untuk mencari cahaya dari bintang-bintang dan galaksi-galaksi pertama yang dibentuk dalam alam semesta selepas Letupan Besar, mengkaji pembentukan dan evolusi galaksi, mengkaji pembentukan bintang-bintang dan sistem-sistem planet, dan mengkaji sistem-sistem planet dan asal kehidupan.
.
Baru-baru ini, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) telah mengeluarkan beberapa foto berwarna penuh yang jelas mempamerkan ruang angkasa lepas dan juga kosmos.
Antara yang dapat dilihat adalah Nebula Carina, WASP-96b, Nebula Gelung Selatan, Quintet Stephan, lubang hitam dan gambaran galaksi-galaksi dengan kesan kanta graviti.
Dan ternyata lebih banyak penemuan menakjubkan akan dibuat Teleskop Angkasa James Webb ini dimasa akan datang.
.
Sumber: [1], [2], [3]