‘Kelopak Mata Melekat Atas dan Bawah,’ Ibu Tertumpah Gam 3 Saat Pada Wajah Anak

Malang tidak berbau, itulah yang dapat digambarkan mengenai kisah seorang kanak-kanak berusia 2 tahun yang tertumpah gam 3 saat pada wajahnya.

‘kelopak mata melekat atas dan bawah,’ ibu tertumpah gam 3 saat pada wajah anak

Gambar contoh

 

Menurut perkongsian Pegawai Perubatan Oftalmologi, Dr Shaz menerusi Facebook Syed Abu Zulfadhli Al-qadrey, seorang ibu secara tidak sengaja tertumpahkan gam 3 saat yang sangat kuat melekat pada wajah anaknya ketika beliau sedang melakukan kerja rumah.

‘kelopak mata melekat atas dan bawah,’ ibu tertumpah gam 3 saat pada wajah anak

Dalam perkongsian itu, si ibu yang sedang memanjat kerusi bagi membolehkannya memasang hiasan pada rumah, tidak sengaja tertumpahkan gam yang dipegangnya ke bawah. Ketika itu, anaknya sedang memegang kerusi tersebut dari bawah.

 

Si ibu lantas membasuh wajah anaknya yang dipenuhi gam 3 saat dan segera membawanya ke hospital. Nyata gam tersebut sangat kuat dan cepat mengeras hingga menutupi kelopak mata anaknya itu.

 

“Ketika melakukan pemeriksaan, matanya cuba dibuka, bulu mata semua dipotong kerana semuanya melekat antara satu sama lain.

“Namun kekuatan gam itu benar-benar terbukti, tiada hasil. Kedua-dua belah kelopak mata melekat atas dan bawah. Usaha diteruskan dengan meletakkan gel petroleum khas untuk mata, kami berikan masa untuk ibu sapukan sepanjang malam dan tengok semula esok berkesan atau tidak,” tulis hantaran itu.

 

Hari berikutnya, si ibu hadir semula ke hospital namun mata anaknya masih lagi belum boleh dibuka disebabkan gam yang kuat itu, lantas satu pembedahan kecil dibuat dengan persetujuan keluarga.

‘kelopak mata melekat atas dan bawah,’ ibu tertumpah gam 3 saat pada wajah anak

“Keesokannya, si ibu datang dengan wajah muram. Mata anaknya masih tidak terbukak. Gam pada pipi dan muka nampak menipis dan tertanggal, namun pada matanya sama sahaja. Perkara ini tidak boleh dibiarkan lama, kerana kanak-kanak jika dibiarkan kedua-dua mata tertutup pada tempoh yang lama, ia boleh menjadi punca kepada mata malas, mengakibatkan penglihatan yang kurang sempurna seumur hidupnya.

 

“Keputusan dibuat untuk melakukan pembedahan secara bius penuh, keluarga setuju. Alhamdulillah, dalam dewan bedah lebih mudah untuk buang gam pada matanya, kerana pesakit sudah tidak meronta-ronta. Ada kecederaan pada dalam mata juga kerana gam tersebut masuk ke dalam matanya , tak sempat anak itu nak tutup mata sebab tiba-tiba tertumpah atas mukanya. Alhamdulillah pesakit semakin sembuh,”

 

Ibu bapa dan sesiapa sahaja yang sedang mengendalikan kerja-kerja melibatkan gam ini dinasihatkan untuk lebih berhati-hati, khasnya jika ada kanak-kanak disekeliling.

Sumber: [1]