Ibu Tersilap Letak Anak Usia Sebulan Dalam Microwave

Seorang wanita yang juga ibu tersilap meletakkan anak perempuannya yang berusia satu bulan dalam ketuhar hingga menyebabkan kematian.

ibu tersilap letak anak usia sebulan dalam microwave

Menurut laporan, kejadian berlaku di Amerika Syarikat (AS) pada petang Jumaat lalu, yang mana si ibu mahu menidurkan anaknya itu sebentar.

 

Bagaimanapun wanita itu secara tidak sengaja meletakkan bayi berkenaan dalam ketuhar untuk tidur sebentar, bukannya diletakkan atas katil bayi.

 

Ekoran daripada kejadian, pegawai polis di Missouri bertindak balas terhadap laporan mengenai seorang bayi yang tidak bernafas dan mendapati bayi itu melecur teruk dan sudah tidak menunjukkan tindak balas.

 

Ketika ditemui, pakaian bayi itu termasuk lampin hangus terbakar, selain kediaman lokasi kejadian berbau asap.

 

Ibu kepada bayi malang itu telah didakwa atas kesalahan membahayakan kebajikan seorang kanak-kanak hingga menghadapi pertuduhan kelas A membabitkan kematian.

 

Rakan ibu mangsa berkata, kesihatan wanita itu mungkin menjadi penyebab kepada berlakunya tragedi ini.

 

Sumber: HMetro