Ibu Terkejut Lihat Mata Anaknya Yang Ketagih Gajet

Gajet merupakan peranti yang memudahkan pelbagai urusan kita masa kini. Ia digunakan segenap usia, termasuklah oleh anak yang masih kecil.

 

Bagaimanapun penggunaan tanpa kawalan dan secara berlebihan boleh mengundang padah khasnya kepada anak kecil kerana ia boleh memburukkan tahap kesihatan mereka.

ibu terkejut lihat mata anaknya yang ketagih gajet

Dalam satu perkongsian oleh seorang doktor yang dikenali sebagai Dr Syaz, beliau berkongsikan video seorang pesakit kecilnya yang mengalami alergi konjunktivitis gara-gara penggunaan gajet secara berlebihan.

 

@dermourramedicalclinic [MAIN GAJET BERLEBIHAN PUNCA MATA ANAK JADI JULING]Cikgu komplain anak tak fokus dalam kelas, lain yang cikgu tulis di papan putih, lain yang dia salin di buku. Pelajaran anak juga makin merosot. #drsyaz#doktormata#drmas#ketumbit#klinikmanjung#Srimanjung#perak#klinikmata#doctorpakarmanjung#klinikmatakanakkanak#klinikibudananak#scanbabymurah#rawatankesuburan#influenzatest ♬ original sound - dermourramedicalclinic

 

Menerusi video tersebut, Dr Syaz turut menunjukkan bagaimana mahu memeriksa mata anak untuk melihat sama ada mereka mempunyai tanda alergi konjunktivitis.Ujar Dr Syaz, dengan menerbalikkan kelopak mata, kita dapat melihat ketulan kecil dalam kelopak mata yang jelas menunjukkan ia adalah tanda konjunktivitis.

ibu terkejut lihat mata anaknya yang ketagih gajet

Selain itu, tabiat menggosok mata kerana kegatalan juga tanda-tanda masalah alergi konjunktivitis. Berikut pula tanda lain kepada masalah ini:

1. Mata letih dan tidak selesa

2. Kerap gosok mata dan mata berkelip

3. Sering kecilkan mata untuk melihat objek jauh

4. Sering sengetkan kepala untuk melihat sesuatu

5. Mata juling

6. Baca buku atau menonton TV dan skrin telefon pada jarak dekat

7. Kerap sakit kepala

8. Kerap terjatuh kerana tidak nampak objek persekitaran

 

@dermourramedicalclinic #allergicconjunctivitis antara punca mata anda kerap berkelip. #klinikmanjung#Srimanjung#perak#klinikmata#doctorpakarmanjung#klinikmatakanakkanak#klinikibudananak#scanbabymurah#rawatankesuburan#pakarmata #fyp ♬ Pink Venom - BLACKPINK

 

Jika anak-anak anda mempunyai tanda seperti diatas, segera bawa mereka untuk pemeriksaan di hospital. Pencegahan awal dapat mengurangkan risiko kepada kesihatan mereka.

 

Sumber: Mstar