Ibu Nekad Saman Meta Sebab Anaknya Ketagih Facebook

Seorang ibu nekad memfailkan saman terhadap syarikat yang mengendalikan Facebook iaitu Meta, gara-gara anaknya menjadi ketagih dengan media sosial tersebut.

ibu nekad saman meta sebab anaknya ketagih facebook

Ibu berkenaan mendakwa anaknya mula ketagih dengan Facebook sejak dari usia 7 tahun sehingga kini anaknya berusia 13 tahun.

 

Akibat daripada ketagihan itu, anak kepada ibu bernama Cecilia Tesch dari Colorado mempunyai masalah deria termasuk kesukaran pada mental dan fizikalnya.

 

Tuntutan itu mendakwa akibat daripada ketagihan Facebook membuatkan anaknya kurang tidur, dismorfia badan, gangguan pemakanan, mula mencederakan diri, kebimbangan yang teruk dan kemurungan.

 

Si ibu juga berkata anaknya itu mula hilang minat pada aktiviti lain dan akan berjaga sepanjang malam hanya kerana ‘notifikasi’ yang muncul di Facebook.

 

Aplikasi Facebook terdahulu telah meletakkan had umur 13 tahun dan keatas untuk setiap pengguna mereka. Dalam kes wanita ini, anaknya didapati menggunakan Facebook secara salah kerana masih berada dibawah umur pada awal ketagihannya dahulu.

 

Sumber: The Sun