Sayu Lihat Ibu Harimau Berkabung Lepas Dua Anaknya Mati Lemas

Haiwan juga mempunyai perasaan sama seperti manusia. Ia dapat dilihat menerusi satu rakaman video seekor ibu harimau ini.

 

Video menunjukkan ibu harimau berwarna putih berkabung selepas kematian dua ekor anaknya yang berusia empat bulan terjatuh ke dalam kolam berais dan lemas.

sayu lihat ibu harimau berkabung lepas dua anaknya mati lemas

Kejadian berlaku di tempat perlindungan haiwan dekat Wisconsin, Amerika Syarikat (AS) sebelum harimau yang bernama Ginger itu didapati murung dan berkabung.

 

Ginger dilihat ‘mengerang’ selepas sedar bahawa ia kehilangan dua ekor anaknya bernama Nina dan Khan.

sayu lihat ibu harimau berkabung lepas dua anaknya mati lemas

sayu lihat ibu harimau berkabung lepas dua anaknya mati lemas

Pihak Zoo Hidupan Liar Shalom kemudian turut berkongsi video gelagat harimau betina itu membenamkan kepalanya pada dua kaki depan di dalam kandang.

sayu lihat ibu harimau berkabung lepas dua anaknya mati lemas

Malah, salah satu daripada dua ekor anak Ginger yang masih hidup juga dilihat cuba menggembirakan ibunya dengan bermain-main.

Namun ia dilihat tetap bersedih dan berputus asa atas kematian dua ekor anaknya yang lemas itu.

 

Sumber: Kosmo!