iQiyi Sebarkan Cinta Hallyu Menerusi 9 K-Drama & Filem Terbaik Dari Korea!

Perhatian buat penggemar K-Drama! Musim Hallyu iQiyi yang dipenuhi bintang-bintang popular kini telah tiba!

iqiyi sebarkan cinta hallyu menerusi 9 k-drama & filem terbaik dari korea!

Peneraju penstriman hiburan Asia ini telah menyediakan pelbagai pilihan K-Drama bersiri dan filem-filem hebat bagi suku tahun yang terakhir.

iqiyi sebarkan cinta hallyu menerusi 9 k-drama & filem terbaik dari korea!

Mulai bulan September, iQiyi membawakan K-Drama bersiri seperti Jirisan, Bad dan Crazy, IDOL: The Coup, Yumi’s Cells, Let Me Be Your Night, The Man’s Voice, Melancholia, dan Royal Secret Inspector Joy.

Filem-filem Korea yang bakal bersiaran juga termasuk Midnight dan Shark: The Beginning.

Turut tidak ketinggalan, program realiti popular Girls Planet 999 akan sampai ke kemuncaknya di bulan Oktober, yang mana 9 peserta akan membuat penampilan sulung sebagai sebuah kumpulan nyanyian wanita yang baharu.

iqiyi sebarkan cinta hallyu menerusi 9 k-drama & filem terbaik dari korea!

Para penonton dari seluruh dunia boleh menonton program-program K-show ini melalui aplikasi iQiyi International atau di iQ.com.

Musim drama Korea telah dimulakan dengan Yumi’s Cells, yang kini sedang distrimkan di iQiyi. Siri drama pemenang anugerah filem Blue Dragon ini berkisar tentang kehidupan seorang pekerja pejabat berumur 30-an, Yumi (Kim Go-eun) yang penceritaannya diolah dari perspektif sel-sel otaknya.

iqiyi sebarkan cinta hallyu menerusi 9 k-drama & filem terbaik dari korea!

Apabila dia bertemu dengan seorang pencipta permainan video (lakonan Ahn Bo-hyun), Yumi mula memikirkan tentang cinta. Saksikan penampilan istimewa oleh Park Jin Young dari GOT7 dan Choi Min-ho dari SHINee.

K-Series asli iQiyi yang dinanti-nantikan, Jirisan dibintangi oleh Gianna Jun dan Ju Ji-hoon, dan dicipta oleh pengarah Lee Eung-bok (Descendants of The Sun, Guardian: The Lonely and Great God) dan penulis skrip Kim Eun-hee (Signal, Kingdom).

iqiyi sebarkan cinta hallyu menerusi 9 k-drama & filem terbaik dari korea!

Jun dan Ju memegang watak sebagai renjer taman negara, dan mereka berganding tenaga dengan Sung Dong-il, Oh Jung-se, dan Go Min-si untuk melindungi Gunung Jiri. Ujian-ujian dari alam semulajadi yang dihadapi oleh renjer-renjer ini bakal didedahkan pada 23 Oktober nanti.

Saksikan banyak lagi K-Drama dan pelbagai seleksi dari Korea Selatan semuanya di iQiyi!