iOS 15 Benarkan Pengguna iPhone Ber-Facetime Dengan Android. Ini Caranya!

Pengguna produk berjenama Apple dengan sistem operasi terbaharu, iOS 15 kini menampilkan satu ciri baharu iaitu membenarkan penggunanya ber-FaceTime bersama pengguna yang tidak menggunakan peranti Apple atau iPhone.

ios 15 benarkan pengguna iphone ber-facetime dengan android. ini caranya!

Melalui iOS 15 dan iPadOS 15, pengguna kini boleh melakukan panggilan FaceTime dengan berkongsi pautan atau link kepada rakan-rakan lain dan menyertai panggilan melalui pelayar web.

 

Ini membolehkan pengguna iPhone berkomunikasi secara FaceTime bersama rakan-rakan di Android dan juga Windows.

 

Cara-caranya adalah seperti berikut:

  1. Buka aplikasi FaceTime pada telefon bimbit anda.
  2. Klik ‘Create Link’
  3. Skrin menunjukkan pautan ‘Facetime Link’. Anda boleh tambah nama untuk memasuki ruangan chat anda.
  4. Dalam skrin tersebut, anda boleh lihat pilihan untuk berkongsikan pautan itu sama ada melalui mesej, email, Twitter, kalendar dan aplikasi lain dalam telefon bimbit anda. Atau, anda boleh sahaja copy link dan hantarkan kepada rakan anda yang lain.
  5. Pengguna Android atau Windows yang menerima link itu akan dibawa ke ruangan menunggu sementara pengesahan dari pencipta chat.

ios 15 benarkan pengguna iphone ber-facetime dengan android. ini caranya!

Dalam perkembangan lain, iOS15 juga telah menambah fungsi grid, menyusun atur panggilan dan fungsi tonton bersama iaitu SharePlay pada aplikasi FaceTime.

 

Sumber: [1]