Ribut Petir Fenomena Biasa Jadi Bulan Mac Hingga Mei

Jika anda perasan, sejak dua menjak ini hujan lebat berserta dengan angin kencang dan ribut petir akan terjadi hampir setiap hari, khasnya di negeri-negeri pantai barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta barat dan tengah Sarawak.

ribut petir fenomena biasa jadi bulan mac hingga mei

Keadaan ini telah menyebabkan banjir kilat, pokok tumbang, tanah runtuh dan hujan batu boleh terjadi pada sesetengah kawasan.

ribut petir fenomena biasa jadi bulan mac hingga mei

Fenomena hujan lebat ini adalah disebabkan terjadinya peralihan antara dua monsun iaitu Monsun Barat Daya dan Monsun Timur Laut. Kebiasaannya ia akan berlaku pada pertengahan Mac hingga pertengahan Mei, dan September hingga Oktober setiap tahun.

 

Biasanya, pada ketika ini langit akan kelihatan cerah pada waktu pagi namun sebelah petang hingga ke malam, kejadian ribut petir dan hujan lebat beserta angin kencang akan berlaku dalam masa singkat.

ribut petir fenomena biasa jadi bulan mac hingga mei

Justeru, orang ramai dinasihatkan untuk

  1. Mengelakkan daripada berada kawasan lapang
  2. Jangan berlinding atau meletakkan kenderaan dibawah pokok
  3. Jangan sentuh objek besi, barang, kabel elektrik atau apa-apa bahan yang boleh mengalirkan arus
  4. Jauhi struktur yang tidak kukuh
  5. Waspada dengan kehadiran kepala air jika berada di kawasan air terjun
  6. Jauhi kawasan yang mudah dinaiki air
  7. Hindari daripada melakukan aktiviti-aktiviti luar

 

Dapatkan maklumat terkini berkenaan cuaca di Malaysia menerusi laman Met Malaysia.

 

Sumber: Met Malaysia